Nadir dedah perbualan dengan Siti Sarah, pernah korban seekor lembu untuk rakyat P4le5t1n

Nadir dedah perbualan dengan Siti Sarah, pernah korban seekor lembu untuk rakyat P4le5t1n

Pagi ini, selebriti tanah air, Siti Sarah Raissuddin telah pergi menghadap ilahi pada jam 5.13 minit pagi. Berita duka tersebut dikhabarkan oleh suaminya, pelakon dan pelawak terkenal, Shuaib Sepahtu.

Di momen duka ini, sahabat dan kenalan arwah tak putus-putus mengucap takziah dan bercerita pengalaman-pengalaman mereka bersama Siti Sarah.

Nadir Al-Nuri, aktivis yang giat membantu dalam misi bantuan kemanusiaan, melalui hantaran di Facebooknya turut berkongsi kebaikan arwah yang sempat mengambil bahagian dalam program korban Gaza beberapa bulan sebelum pemergiannya.

“Seolah sedang kejar amalan terakhir”

Allah.

Tersentap kejap bila baca berita daripada @shuibsepahtu tentang pemergian @sitisarahraissuddin

Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.

Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

 

 

Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.

Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.

Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat.

Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah.

Terdahulu, Siti Sarah terpaksa ditidurkan akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM) pada pagi Jumaat berikutan tahap oksigen tidak stabil.

Siti Sarah selamat melahirkan cahaya mata melalui kaedah pembedahan pada tempoh kandungan yang ke lapan bulan.

Beliau meninggalkan suami dan empat orang anak termasuk bayi yang baru dilahirkan.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Siti Sarah. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Nadir Al-Nuri