‘Influencer’ gigih kongsi gambar naik pesawat ‘Seat Business Class’, sekali kantoi duduk ‘Seat Economy’

‘Influencer’ gigih kongsi gambar naik pesawat ‘Seat Business Class’, sekali kantoi duduk ‘Seat Economy’

Seorang ‘influencer’ terpaksa tebal muka menanggung malu apabila dipercayai ‘terkantoi’ duduk di kerusi ekonomi setelah memuat naik gambar berada di kerusi bisnes dalam sebuah penerbangan baru-baru ini.

‘Influencer’ berusia 27 tahun yang mempunyai lebih 877,000 pengikut di Instagram itu pada awalnya mengikuti penerbangan dari Bordeux, Perancis menuju ke Monaco, merujuk laporan Mirror.

Dia yang kelihatan menawan ketika itu mengenakan jaket separa hijau muda dan seluar trek ungu, di samping bergaya dengan beg tangan hitam bergambar di tempat duduk bahagian kelas bisnes yang agak mewah.

Gadis itu memuat naik foto tersebut ke laman Instagramnya dan ‘berjaya’ meraih lebih 109,000 tanda ‘Likes’, mungkin sebahagian besar daripada pengikutnya sendiri.

 

Dalam hantaran itu, dia menulis kapsyen pendek berbunyi ‘Next stop – Monaco. Je fly toute la night’ yang membawa makna ‘Hentian seterusnya, Monaco. Saya akan terbang sepanjang malam (ini)‘.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kemusykilan kerana dia telah menutup ruangan komentar pada hantaran tersebut. Tidak tahu kenapa dia berbuat demikian sehinggalah tindakannya itu ‘terkantoi’ di Twitter.

Ketika itu, salah seorang inidvidu yang mengikuti gadis ini di media sosial turut berada dalam penerbangan yang sama. Namun, individu itu melihat gadis ini tidak mengambil tempat duduk kelas bisnes, sebaliknya hanya duduk di bahagian kerusi ekonomi, tidak jauh beberapa baris di belakangnya.

Lantas peminat tersebut mengambil gambar ‘influencer’ berkenaaan sebelum memuat naik ke Twitter dengan kapsyen berbunyi; “Dia duduk di (bahagian) ekonomi, lol.

Foto itu tular dan mendapat kecaman pelbagai pihak. Rata-rata mereka mempersendakan tindakan gadis itu yang ‘acah-acah’ kaya bergambar di tempat duduk kelas bisnes, walhal hanya mampu duduk di kelas ekonomi.

Sumber: Mirror / Daily Mail / Instagram