‘Cukup Chef..’ – ‘Fed Up’ asyik muka sama di ranking bawah, juri offer peserta Masterchef tarik diri

‘Cukup Chef..’ – ‘Fed Up’ asyik muka sama di ranking bawah, juri offer peserta Masterchef tarik diri

Bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, sudah pasti para peminat Masterchef Indonesia Musim Ke-8 tidak sabar menanti peserta kegemaran mereka membuat persembahan yang mengagumkan sekaligus dinobatkan sebagai juara. Namun, adat sebuah pertandingan pasti ada yang kalah dan menang.

 

Namun berbeza pula dengan episod kali ini apabila salah seorang peserta Masterchef Indonesia Musim Ke-8 ini iaitu Olivia membuat keputusan mengejutkan ramai termasuk para juri.

 

Olivia tarik diri

Pada episod lalu, Olivia menghidangkan menu ‘Prawn Tom Yum With Cilantro Rice’. Meskipun pada awalnya mendapat pujian daripada juri yang menganggap prestasi masakan gadis berusia 24 tahun ini semakin meningkat. Namun, di pusingan seterusnya, Olivia dan seorang lagi peserta lain, Febs ditugaskan untuk menyediakan Molten Lava Cake dan ternyata pada kali ini, masakan Febs menerima pujian daripada juri berbanding Olivia.

Sudah hampir 7 kali berada di tangga terbawah dan sekaligus melayakkkan dirinya ke pressure test (pusingan saingan untuk mara ke pusingan seterusnya), juri juga seakan sudah ‘bosan’ sentiasa melihat muka peserta yang sama berada di pusingan tersebut. Walaupun sentiasa mendapat kritikan ‘pedas’ daripada para juri, Olivia mengakui dia tidak mudah menyerah dan akan meneruskan perjuangannya dalam Masterchef Indonesia Musim Ke-8 ini.

‘Tidak perlu malu’

Berdasarkan sedutan episod baru-baru ini, juri ada membuka ruang memberi pilihan kepada para peserta yang ingin menarik diri dari pertandingan masakan itu. Siapa sangka, Olivia akhirnya membuat keputusan menarik diri meskipun penyingkiran belum dilakukan.

Ada yang mahu mengundurkan diri? Kerana alasan keluarga, alasan tekanan, alasan sudah tidak tahan, sudah penat. Tidak perlu malu. Daripada kamu cuma mementingkan ego dan menjadi beban kami, memaksakan diri berada di sini. Mengecewakan diri kalian dan kami, lebih baik kami beri peluang untuk mengundur diri dengan cara terhormat.

Olivia memaklumkan dia sudah cuba yang terbaik dan kini dia memilih untuk mengundurkan diri. Di Instagram, Olivia meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.

Video

Sumber: Masterchef Indonesia, Olivia