‘Minta maaf tak dapat bawa pulang jodoh & anak-anak’ – Nenek Caprice meninggal dunia
Di Instagram, penyanyi, Caprice memberitahu kepada umum bahawa nenek kesayangannya sudah meninggal dunia awal pagi tadi.
Dapat berita sedih
Menurut Caprice, dia mendapat berita duka tersebut awal pagi tadi ketika solat Subuh. Tambahnya, dia berasa sangat sedih dan terkilan kerana tidak dapat membawa neneknya itu menetap bersama dengan keluarganya yang kini berada di Kuala Lumpur. Ujar Caprice lagi, dia pernah berjanji akan membawa pulang jodoh dan anak-anak untuk neneknya suatu hari nanti.
Saya minta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji hari ini.
Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Caprice dan meninggalkan ucapan takziah buat dirinya dan keluarga. Setakat ini, Caprice tidak mendedahkan punca kematian neneknya itu.
Sumber: Caprice