Tidak senonoh di Instagram Live, Elvina Mohamad trauma

Tidak senonoh di Instagram Live, Elvina Mohamad trauma

Pelakon Elvina Mohamad mengakui dirinya berasa trauma apabila Instagram Live  (IG Live) dia bersama rakan-rakanya dicemari dengan insiden tidak disangka-sangka malam tadi.

Ini berikutan IG Live tersebut telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab yang tiba-tiba sahaja menayang kemaluan lelaki kepada mereka.

 

Ujar Elvina, pada mulanya dia tampil bersiaran langsung bersama dua orang rakan sebelum salah seorang rakan mereka yang lain menghantar permintaan untuk turut serta dalam perbualan tersebut.

 

 

Malangnya individu terbabit bukanlah rakan mereka sebaliknya seorang lelaki asing yang bertindak melakukan perbuatan keji tersebut.

Insiden tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang pengikutnya di Instagram dan pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu memberi amaran kepada pelaku agar menghentikan perbuatan jijik itu.

“Engkau dah kenapa. Dah gila seks sangat ke. Geram pula kita. Okeylah, saya nak terangkan diri sekejap yang masih terkejut ni. Nak pergi cuci mata dengan Dettol sebab dah tertengok anu yang *** tadi! Mimpi ngeri dan trauma!”

Dia dalam pada itu turut memberi peringatan kepada pengguna media sosial agar lebih berhati-hati kerana perkara tersebut bukan kali pertama kali berlaku.

Elvina yang trauma turut memberitahu bahawa dia sudah serik untuk mengadakan IG Live bersama teman-teman kerana tidak dapat melupakan insiden ngeri itu.