Takut cucuk vaksin punya hal, sampai guna mask tutup mata, siap suruh Frontliner selawat lagi!

Takut cucuk vaksin punya hal, sampai guna mask tutup mata, siap suruh Frontliner selawat lagi!

Memang tak dapat dinafikan, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mempunyai fobia terhadap jarum suntikan atau dikenali sebagai trypanophobia. Perkara ini bagaikan mimpi ‘ngeri’ buat mereka yang bakal menerima suntikan vaksin Covid-19.

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila dia terpaksa berdepan dan melawan ketakutannya itu ketika menerima suntikan vaksin Covid-19.

 

Sampai suruh nurse selawat sekali

Video pendek itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Noraris. Menerusi video tersebut, memaparkan seorang lagi wanita yang berada di dalam kenderaan itu dipercayai perlu mengambil suntikan vaksin menerusi kaedah drive-thru. Setibanya di destinasi, wanita terbabit seakan tidak senang duduk lebih-lebih lagi selepas melihat beberapa orang petugas kesihatan di situ. Tidak cukup dengan itu, wanita ini yang masih takut bertindak menyorokkan mukanya ke dalam mask.

Kelihatan juga beberapa petugas kesihatan cuba mengawal situasi selain cuba menenangkan wanita ini. Tetapi malangnya, wanita tersebut masih lagi gementar sambil dimulutnya tidak henti-henti membaca zikir dan selawat suci. Bukan itu sahaja, dia juga berkali-kali bertanya kepada petugas kesihatan sama ada suntikan itu sudah selesai ataupun belum.

Ketika mereka baru sahaja ingin memberi suntikan, wanita ini meminta kesemua petugas kesihatan itu supaya turut berselawat. Mereka hanya meneruti sahaja permintaan tersebut kerana mahu mengalihkan perhatian wanita ini supaya mereka dapat meneruskan suntikan dengan lancar.

Takut sungguh tu!

@noraris01137797

#fypシ #tiktokviral #ketawa #suka

♬ bunyi asal – noraris😍😍❤️❤️❤️ – noraris😍😍❤️❤️❤️

‘Memang nampak takut sungguh’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat wanita ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang fobia terhadap jarum suntikan mengakui berdepan situasi yang hampir sama setiap kali disuntik. Video ini telah menerima tontonan hampir 405k kali dan 21k tanda suka.

Sumber: Noraris