Hanya kerana menangis di perlawanan bola sepak, budak Jerman ini raih RM200,000

Hanya kerana menangis di perlawanan bola sepak, budak Jerman ini raih RM200,000

Setiap peminat bola sepak baik muda mahupun yang tua tahu bagaimana rasanya apabila pasukan bola sepak yang disokong kalah dalam perlawanan terutamanya dalam acara sepenting EURO 2020.

Walaupun tidak mengalirkan air mata di pipi, mereka tentunya menangis di dalam hati setelah menghadapi kenyataan bahawa pasukan kegemaran mereka kalah.

Tetapi lain pula yang berlaku apabila seorang kanak-kanak ini menangis di stadium setelah Jerman kalah kepada England 2-0 dalam pusingan kedua EURO2020 baru-baru ini.

Gambar budak perempuan tersebut memeluk bapanya dengan kesedihan di mukanya bukan sahaja tular di Twitter sebagai meme, malah turut menjadi bahan ejekan penyokong-penyokong England.

 

 

“Ni korang…”

Oleh kerana kasihan melihat kanak-kanak itu dibuli di internet, seorang lelaki, Joel Hughes membuat keputusan untuk memulakan kempen mengutip sumbangan untuk kanak-kanak dari Jerman berkenaan bagi membuktikan bahawa bukan semua orang dari UK berperangai buruk.

Hingga hari ini, sumbangan yang diberikan oleh netizen telah mencecah lebih £35,000 (RM200,000) membuat Hughes terkejut dan sedaya upaya cuba untuk menjejaki keluarga kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya dia akan menyerah kesemua dana yang terkumpul kepada keluarga budak perempuan tersebut, dan jika tidak dia akan mendermakannya kepada badan kebajikan.

Namun ramai netizen yang meninggalkan pelbagai komen berkenaan bagaimana budak tersebut yang sudah memang kaya tidak layak untuk mendapat wang dengan jumlah begitu besar hanya kerana menangis.

“Kalau korang derma untuk budak Jerman tu…”

“budak Jerman yang bapak di mampu beli tiket euro tak perlukan duit…”

“Boleh tak sesiapa rakam aku menangis…”

“Mak kata menangis lepas gol kedua baru nampak realistik…”