Tular foto santai minum sambil sembang, lagi Ahli Parlimen didakwa langgar SOP
Seorang Ahli Parlimen di Kedah yang bergelar Datuk disiasat polis apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.
“Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kita akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan,” katanya.
Menerusi beberapa foto tular di laman Twitter, ahli politik pembangkang itu dilihat duduk bersembang di atas meja sambil menikmati teh dan kuih-muih bersama beberapa individu secara terbuka.
Syok noh @MahfuzOmar ,
Santai2 minum petang ramai ramai. PKP ka tuu? pic.twitter.com/R1sIjayveK
— Rakyat Bersuara (@RakyatBersuara4) July 3, 2021
Difahamkan, tindakan itu berlaku dalam satu program bantuan untuk penduduk setempat sehingga dipersoalkan warganet kerana negeri itu masih melalui tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Dua2 pihak buat rakyat marah!
Jangan kata gambar lama pulak?
Duduk atas meja pulak tu…
Tak payah la jamuan bagai
Terdahulu, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon turut mengundang kemarahan rakyat apabila terlibat dalam ‘kenduri durian’ di sebuah dusun sekali gus dipanggil polis untuk memberi keterangan.
Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli) , Twitter @RakyatBersuara4