Wanita jalani ujian saringan COVID-19, rupanya ada ‘benda’ dalam hidung selama 37 tahun

Wanita jalani ujian saringan COVID-19, rupanya ada ‘benda’ dalam hidung selama 37 tahun

NEW ZEALAND- Seorang wanita terkejut apabila menemui sebutir butang ‘duduk’ dalam lubang hidungnya selama 37 tahun.

Mary McCarthy, sering merasa kesakitan dan mengalami kesukaran bernafas disebelah kanan hidungnya sejak kecil.

Namun, dia tidak pernah bertanyakan kepada doktor mengenai masalahnya.

 

Pada bulan Oktober 2020, dia menjalani ujian saringan COVID-19 menyebabkan hidungnya bertambah sakit. Akhirnya, dia memutuskan untuk berjumpa doktor pakar.

Wanita berusia 45 tahun itu berjumpa dengan beberapa pakar perubatan tetapi hanya dikatakan penyakit resdung kronik sahaja.

Dia yang tidak berpuas hati nekad berjumpa pakar telinga, hidung dan tekak dan temu janjinya dijadualkan pada bulan Ogos.

Menurut Oddity Central, wanita itu terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Christchurch selepas pulang kerja kerana kesakitan.

Oleh itu, semasa rawatan doktor bertugas bertanyakan adakah dia pernah memasukkan sesuatu kedalam hidungnya.

Pertanyaan ini membuatkan dia teringat peristiwa sewaktu kecil dia dan adik-beradiknya pernah meletakkan butang ke dalam hidung masing-msaing untuk lihat sejauh mana ia mampu masuk.

Seterusnya, doktor membuat imbasan CT dan menjumpai sesuatu tersekat dalam hidungnya.

Wanita itu terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkannya.

“Saya sering mengalami kesukaran bernafas tetapi tidak tahu apa puncanya,” kata Mary kepada Stuff.co.nz.

Sumber: Oddity Central