“Halalkan makan minum saya..” Berangkat ke G4z4, Caprice sertai misi kemanusiaan

“Halalkan makan minum saya..” Berangkat ke G4z4, Caprice sertai misi kemanusiaan

Perkara tersebut turut diumumkan Caprize menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia telah terbang ke negara bergolak itu secara bersendirian bagi mengikuti misi kemanusiaan di sana.

 

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa kebenaran untuk memasuki Gaza tersebut adalah ‘last minute’ dan turut memohon doa orang ramai agar segalanya berjalan dengan lancar.

“Tolong doakan saya Malaysia. Last minute saya dapat kebenaran untuk masuk ke Gaza.Cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni. Maafkan saya atas segala kesalahan, halalkan makan/minum…”

Dia dalam pada itu juga berjanji akan mengharumkan nama negara dan rakyat Malaysia.

 

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat dan rakan artis tampil mendoakan agar urusan Caprice dipermudahkan dan perjalanan ke sana selamat dan dilindungi Allah S.W.T.

SUMBER : Instagram Caprice