Kucing betina muncul depan rumah dengan anak, wanita ini minta penjelasan dari kucingnya
Pemilik haiwan peliharaan biasanya akan memastikan kucing atau anjing mereka tidak keluar dari rumah sembarangan atas pelbagai sebab. Selain takut anak bulus mereka diculik, kemalangan, atau cedera kerana bergaduh dengan haiwan lain, kucing dan anjing yang tidak dikembiri atau dimandulkan juga berpotensi untuk bunting atau membuat haiwan jalanan bunting, sekali gus menambah populasi haiwan terbiar.
Namun sesetengah haiwan terutamanya kucing mempunyai cara licik mereka untuk menyelinap keluar apabila tiba musim mengawan. Seperti sebuah perkongsian yang tular di Twitter baru-baru ini, seorang wanita meminta penjelasan dari kucing jantannya setelah 2 ekor kucing betina muncul di depan rumah mereka.
Omg 😭 pic.twitter.com/7cCiWhavyf
— 💎 (@platanossoy) June 23, 2021
Dalam salah satu video yang dikongsikan pengguna TikTok atas nama Loving Life 256 itu, dia membuka pintu rumahnya dan terkejut melihat seekor kucing betina berwarna kelabu dengan dua ekor anak kecil duduk di depan rumah.
Wanita itu kemudian menoleh ke arah kucingnya yang bernama Woe dan bertanya adakah kucing betina itu ibu kepada anak-anaknya, memandangkan anak-anak kucing itu mempunyai warna yang sama dengannya.
@loving_life256 What my cat got going on🧐
2 hari kemudian seekor kucing betina lain pula muncul depan rumahnya membuatkan wanita berkenaan semakin sangsi dan akhirnya mengajak kucingnya duduk minum untuk meminta penjelasan mengapa kucing-kucing betina itu datang ke rumah.
The follow up video she posted is just as funny tho lol pic.twitter.com/EUtyFulxit
— Fire Sign Empress ❤️🔥 (@notashleybanks) June 23, 2021
Perbualan wanita tersebut dengan kucingnya membuat ramai geli hati lebih-lebih lagi dengan reaksi kucing itu yang terkejut melihat 2 ekor anaknya.
“Aku dah kata jangan datang…”
“I told yo ass not to be popping up at my spot” https://t.co/UCaxQWHqej
— Pee (@RichEnergyPee) June 24, 2021
My nigga hopped down like “bitch you came to my house⁉️⁉️” https://t.co/szdeqRK0gH
— Quik Cash (@dopegang23) June 23, 2021
“Berani dia bawa drama ni ke rumah mak…”
not her bringing this drama to his MAMAS HOUSE???? https://t.co/q6DucBfSF7
— amigga (@_Killa_kev_) June 24, 2021
“Anak-anak kucing tu sebiji rupa dia…”
Dem fucking kittens look just like his ass 😂😂 https://t.co/wCrcTfFPWp
— Ray Sosa (@41W00) June 23, 2021
“Dia datang awal pagi untuk minta sokongan penjagaan anak…”
She’s out there bright and early demanding her child support. Don’t play wit haaaa https://t.co/oZVVFBRObh
— lolavelli ✨ (@_lolalune) June 23, 2021