Iklan kereta paling win, buat ramai terhibur, “Diuji untuk yang berpasangan…”
Sebuah video iklan yang tular di Twitter baru-baru ini telah membuat ramai geli hati dengan cara sebuah syarikat kereta menguji ketahanan kereta baru mereka.
Biasanya seseorang individu itu akan mencari kereta berdasarkan keperluan diri dan kehidupan mereka sama ada mereka memerlukan kereta kecil atau besar bagi memuatkan ahli keluarga yang ramai.
Selain itu kegunaan kereta sama ada untuk digunakan di jalan raya untuk memasuki kawasan tidak rata juga adalah salah satu faktor yang akan dipertimbangkan, dan tentunya ada juga yang memikirkan terlebih dahulu kemampuan kewangan mereka dan berapa bajet yang perlu mereka keluarkan setiap bulan, serta kos peyelenggaraan kereta jika rosak.
Tetapi lain pula cara kereta model Fiat 500s ini mempromosikan kereta mereka. Dalam video yang tular, beberapa orang jurutera sedang memeriksa kereta yang baru dikeluarkan itu apabila salah seorang daripada mereka menghempas pintu kereta dengan kuat.
— Iklan Lawak (@iklanlawak) June 23, 2021
Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut kemudian menyepak tayar kereta beberapa kali sebelum memukul hud kenderaan berkenaan dengan beg tangan, sebelum berjalan pergi.
Rupa rupanya dia menguji jika kereta itu dapat tahan dikasari apabila wanita mengamuk dengan teman lelaki mereka yang merupakan ‘bad boys’ dan bertindak melepaskan geram ke atas kereta tersebut.
Kereta yang dikatakan ‘diuji untuk bad boys‘ itu membuat ramai terhibur dengan idea lucu tersebut.
“Aku takkan guna handbag je…”
Hah, fuck off. It takes me whole level of shit to be of the car and mad like this.
And I reckon I’d won’t be using only handbag. Pasu bunga mungkin… https://t.co/mUwK36Ss6n
— ayyy nina (@ninvism) June 23, 2021
“Masalah biasa untuk kereta…”
I remember when it was in Strength subject, we did this for our model.
We made a model of a car, and lecturer will test hit with kicking, with besbol bat and closed the door really hard.
Lecturer said, this is the common cause of prob for a car. 😂 https://t.co/gBLsh3W5pl
— Master Sifoo ✊🏻 (@mastersifoo1) June 24, 2021
“Fokus kepada pengalaman sebenar pengguna…”
A veryy good ads, focus on real life customer experience..
Hehe… https://t.co/u0PHGzOjXL
— Salleh on Social (@SallehFahmi) June 23, 2021