5 barang hotel boleh diambil sebelum checkout
Nampaknya setelah sekian lama kita berada di rumah, kini kita sudah boleh keluar melancong di negeri sendiri berikutan peralihan Fasa PPN Covid-19 ke fasa yang lebih longgar. Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pergi beriadah dan ada juga yang memilih untuk menginap di hotel dan berehat.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa barang yang disediakan di hotel bertujuan untuk anda bawa pulang? Nak tahu barang apa yang anda boleh bawa pulang, jom kita tengok perkongsian ini.
BARANG HOTEL YANG ANDA BOLEH BAWA PULANG
Antara kelengkapan yang disediakan pihak hotel termasuk kelengkapan mandi, berus gigi, selipar bilik, air mineral, laundry bag dan banyak lagi. Mungkin ramai yang dah tahu, ada sesetengah barang hotel ni bukan sahaja disediakan untuk kegunaan peribadi, malah ada juga yang ‘berfungsi’ sebagai cenderahati untuk pengunjung.
Video yang diunggah di akaun TikTok The Manohara Hotel Yogyakarta ni menunjukkan senarai barang hotel yang anda boleh bawa balik sebelum checkout. Tak payah risau pihak hotel nak check!
Barang-barang hotel yang korang ‘wajib’ bawa balik ialah:
1. Laundry bag
2. Air mineral
3. Notepad
4. Selipar
5. Losyen, ubat gigi, gel mandian dan syampu
@themanoharayogyakarta Nah ini dia barang-barang yang wajib kalian bawa pulang setelah staycation di Hotel. #themanohara #fyp
Jangan risau, kelengkapan ni memang disediakan untuk sesiapa yang datang menginap di hotel tidak kira hotel mana sekalipun.