Bekas pelajar DDNK cerita pengalaman tak best sertai kelas saham, dakwa rugi sampai RM17,000?
Berita tentang penggantungan lesen pakar saham, Datuk Dr Nazri Khan atau DDNK yang dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mendapat perhatian ramai.
Hal tersebut mulai mendapat tumpuan umum apabila satu akaun Facebook menggunakan nama Bomoh Bursa memuat naik maklumat berkenaan di media sosial beserta bukti.
Bekas anak didik kongsi pengalaman
Pelbagai komen diterima di ruangan Facebook tersebut dan ada di antaranya ialah bekas anak didik kepada pakar saham terbabit.
Menurutnya, dia telah mengalami kerugian setelah menghadiri kelas usahawan tersebut dan perlu membayar RM7,000, Manakala, RM10,000 pula untuk trading.
Tak terkejut lesen DDNK kena gantung
Dalam pada itu, seorang wanita menerusi Twitternya telah mendedahkan tentang kisahnya ketika menjadi salah seorang anak didik di bawah didikan ‘pakar saham’ tersebut.
Menurutnya, dia pernah menyertai Graduate Development Programme oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ketika berusia 22 tahun dan menurutnya pada awal pengenalan dulu DDNK merupakan seorang yang pendiam.
DDNK pernah jadi guru saya ketika sy umur 22 tahun. Saya sertai Graduate Development Programme oleh Securities Commission Malaysia (SC) ketika itu.
.Berita lesen DDNK yang terkenal dengan tagline tak hensem takpe janji kaya kena 'suspended' pada pendapat saya, saya tak terkejut
— Saidah Asilah (@Saida_CFPCertTm) October 12, 2022
Pendedahan dari pengguna Twitter itu seakan menjelaskan bahawa DDNK dikenakan tindakan tersebut kerana tidak menjaga etika sebagai seorang pengamal kewangan yang mempunyai lesen sepertinya.
Ia merujuk kepada iklan DDNK di radio yang boleh dikatakan sangat terkenal dalam kalangan rakyat menggunakan tagline ‘Tak Hensem Takpe Janji Kaya’.
Ciapan tersebut telah meraih perhatian netizen yang semakin berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan isu trading dan juga kes penggantungan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik DDNK.
Sumber: Twitter @Saida_CFPCertTm