3 lelaki terkejut, temui ikan keli ‘raksasa’ terdampar tepi sungai, rupa-rupanya…

3 lelaki terkejut, temui ikan keli ‘raksasa’ terdampar tepi sungai, rupa-rupanya…

Sesiapa sahaja pasti sudah tahu apa itu ikan keli. Keenakan isinya dan kerangupan siripnya jika dimakan pasti menambat hati sesiapa sahaja. Khususnya bagi penggemar makanan Jawa seperti nasi penyet pecal lele.

Tular baru-baru ini apabila sebuah rakaman video yang memaparkan penemuan ikan keli ‘raksasa’ terdampar di tebing sungai di Indonesia.

Video yang dikongsikan oleh Jombrong99 itu telah meraih perhatian warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 5,817 sejak dimuat naik pada 29 November lalu.

Video yang berdurasi 5.19 minit ini memaparkan seorang lelaki terjumpa seekor ikan keli ‘raksasa’ ketika sedang memancing ikan di sebatang sungai.

Namun, yang menjadi tanda tanya, bagaimana ikan tersebut boleh hidup sebesar itu di sebuah sungai?

Segala persoalan ini terjawab apabila rupa-rupanya ikan tersebut hanyalah replika yang diperbuat daripada buatan tangan sahaja.

Menurut perkongsian daripada Jambrong, badan ikan keli ‘raksasa’ tersebut disusun dengan batu-batuan sungai dan tanah liat untuk membentuk badannya.

Kemudiannya, dia meletakkan beberapa buluh untuk dijadikan sebagai sirip dan ekor ikan tersebut.

Seterusnya, haiwan itu dicat dengan menggunakan warna hitam bagi menunjukkan kesan realistik ikan tersebut.

Menerusi akaun Youtubenya, banyak lagi replika haiwan yang telah dicipta olehnya dan turut dikongsikan buat tontonan semua.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saksikan video di bawah.

 

Sumber : Youtube Jambrong99