2 juta views tonton telatah individu bawa motor jalan sempit, “weh serious la…”

2 juta views tonton telatah individu bawa motor jalan sempit, “weh serious la…”

Satu rakaman video telah mendapat perhatian ramai dengan di tonton 2 juta kali apabila telatah individu di TikTok atas nama Lily berkongsikan jalan sempit yang dilaluinya.

Sehingga ada yang menyamakan ia sudah seperti bermain permainan yang ada dalam drama bersiri hit Netflix berjudul Squid Game dimana permainan yang diselitkan mempunyai cabaran yang begitu mendebarkan.

Jadi video penunggang motosikal melalui sebuah jalan sempit yang dihimpit dengan air mengundang ramai berdebar menyaksikan perkongsiannya itu.

Sehingga video tersebut bukan sahaja di tonton 2 juta kali malah hantaran tersebut di TikTok menarik perhatian umum dengan ribuan komen berserta lebih 200,000 tanda suka dihujani kepada individu tersebut.

Aksi beraninya itu membuatkan netizen juga merasa seram apabila jalan tersebut bukan sahaja kelihatan sempit malah mempunyai bengkang bengkoknya yang tersendiri sekali gus mengundang netizen meninggalkan respon mereka dengan pantas.

@sistore.wear

kalau mak pak kami tau tobat kena ligan#fyp jalan tikuih ni

♬ suara asli – Pemalang jateng🇲🇨🇹🇼 – Pemalang jateng🇮🇩🇹🇼

Netizen bagaimanapun merasakan jika menaiki basikal di jalan tersebut juga tidak akan dapat melaluinya seperti individu tersebut yang mungkin sudah biasa.

“Weh serius la weh, aku yang rasa… kat kaki sekarang ni ketar sia tangan aku tengok hahaha”

IMG_20211007_163628

“Kau yang dalam video, aku yang takut kau jatuh. Tak sabar tunggu kau habis jalan”

IMG_20211007_163636

“Kalau aku ni bawak basikal…”

Juta