2 bulan ‘sakit perut’, doktor kata perkara biasa selepas pembedahan. Bila scan semula rupa-rupanya ada…
Malang tidak berbau apabila seorang wanita berusia 61 tahun terpaksa menanggung kesakitan berikutan sebilah gunting dipercayai tertinggal di dalam perutnya selepas menjalani satu pembedahan di hospital.
Gunting tertinggal dalam perut
Foto: Mirror UK
Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, ibu kepada tujuh cahaya mata ini dikenali sebagai Nurcihan Ogmen diberitahu oleh pihak hospital, sakit yang dialaminya merupakan perkara biasa bagi setiap pesakit yang menjalani pembedahan.
Difahamkan, wanita yang berasal dari wilayah Aydin di barat daya Turki, telah mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Kusadasi, Turki pada 5 Mac yang lalu. Pada masa yang sama, wanita ini turut menceritakan lebihan perut kulitnya turut dibuang oleh doktor ketika sesi pembedahan yang berlangsung selama lima jam.
Jalani pembedahan selama 5 jam
Foto: Mirror UK
Setelah selamat menjalani pembedahan itu, wanita ini dibenarkan pulang keesokan harinya. Bagaimanapun, dia kembali semula ke hospital setelah mendapati perutnya mengalami bengkak dan sakit pada perut dan doktor. Selepas dua bulan, wanita ini mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di sebuah hospital yang lain bagi mengenal pasti sakit yang dialami olehnya.
Tetapi apa yang mengejutkan semua pihak, apabila menerusi imbasan sinar-X menunjukkan terdapat gunting pada bahagian kiri abdomennya. Kini, gunting tersebut berjaya dikeluarkan setelah wanita ini menjalani pembedahan selama dua jam.
Perut saya begitu sakit selepas pembedahan namun doktor tidak mempercayai apa yang saya katakan. Doktor hanya meminta saya bersabar dan tidak berminat untuk mendengar masalah yang saya hadapi.
Sumber: Mirror UK