149 maut akibat rempuhan, sambutan Halloween di Seoul bertukar tragedi

149 maut akibat rempuhan, sambutan Halloween di Seoul bertukar tragedi

Sambutan Halloween di Itaeown, Seoul bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 149 maut  dengan 150 orang lain alami kecederaan dalam kejadian rempuhan, semalam.

Kejadian itu berlaku selepas sekumpulan orang berpesata membanjiri dan bersesak-sesak di lorong sempit ketik menuruni bukit berhampiran Hotel Hamilton di sebuah daerah hiburan terkenal tersebut.

 

 

Menurut Ketua Jabatan Bomba Yongsan di Seoul, Choi Seong-beom berkata, angka kematian tersebut berkemungkinan  akan meningkat berikutan ramai individu cedera kini berada dalam keadaan kritikal.

 

 

Dianggarkan seramai 100,000 berkumpul di daerah tersebut bagi menyertai pesta Halloween yang diadakan di kawasan terbuka sejak pandemik Covid-19 selepas Korea Selatan sudah melonggarkan peraturan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut pihak bomba, mangsa terlibat kebanyakannya dalam lingkungan 20-an dan mereka dikatakan mengalami kesukaran bernafas ketika pihak bomba menerima puluhan laporan daripada orang ramai.

Sementara itu, pasukan penyelamat yang dihantar ke lokasi kejadian telah memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa terlibat di sekitar jalan berhampiran.

Dikatakan, ia berlaku apabila orang di bahagian hadapan jatuh terlebih dahulu, lalu menghentam mereka yang berada di belakang.

Walau bagaimanapun, sehingga kini punca sebenar insiden masih belum diketahui.

Sumber: Facebook searchBerita Harian