12 jam tak diendahkan, ibu usia 18 tahun berpaut pada mayat bayinya dalam penjara

12 jam tak diendahkan, ibu usia 18 tahun berpaut pada mayat bayinya dalam penjara

Seorang remaja berusia 18 tahun didapati berpaut pada bayi perempuannya yang mati setelah tangisan dan panggilan meminta tolong tidak dilayan selama 12 jam di penjara Bronzefield. Gadis tersebut berada di penjara untuk pertama kalinya setelah direman kerana didakwa melakukan rompakan dan bermaksud dia tidak disabitkan atas kesalahan.

IBU UMUR 18 TAHUN BERPAUT PADA MAYAT BAYI PEREMPUANNYA

Menurut laporan The Sun, kurang komunikasi menyebabkan kekeliruan mengenai tarikh wanita tersebut bersalin dan pekerja kesihatan tidak berpeluang untuk memantau kehamilannya. Sehari sebelum dia bersalin, remaja itu memberitahu seorang perawat bahawa dia akan “membunuh dirinya sendiri” jika bayinya dibawa pergi setelah kelahiran.

Dia memerlukan pemerhatian yang panjang dan lama, bermaksud dia harus diperiksa secara berkala oleh perawat siang hari dan setidaknya dua kali tetapi pemeriksaan tidak berlaku.

Pada malam dia bersalin, gadis itu menekan loceng sel dan meminta jururawat. Namun tiada bantuan perubatan yang tiba. Dia membunyikan loceng dua kali tetapi tidak dilayan.

Khabarnya, di sebalik usia dan kerentanannya, dia ditinggalkan sendirian di penjara Bronzefield yang dikendalikan secara peribadi, dekat Ashford, Surrey.

Setiausaha Kehakiman baru Dominic Raab, mengecam kejadian tersebut kerana berpendapat wanita dan anaknya tidak layak diperlakukan seperti itu.

“Kejadian ini mengerikan, tidak dapat diterima dan tidak boleh terjadi pada wanita atau anak mana pun,” katanya.

Ibunya, yang hanya dikenal sebagai Ibu A, dikatakan sedih dan marah serta takut bayinya akan dibawa pergi sebelum tragedi itu.

Sumber: The Sun