11 September ini Uncle Roger bakal buka restoran pertamanya di Malaysia dengan status halal

11 September ini Uncle Roger bakal buka restoran pertamanya di Malaysia dengan status halal

 

YouTuber terkenal Mr Nigel Ng atau popular dengan nama Uncle Roger telah mengumumkan bakal membuka restoran pertamanya di Malaysia

Pengumuman ini dibuat menerusi video di akaun media sosialnya. Difahamkan, dia akan membuka restoran pertamannya yang akan berstatus halal itu di Pavilion Kuala Lumpur pada 11 September ini.

Uncle Roger adalah seorang rakyat Malaysia dan kini telah menetap di United Kingdom. Dia yang juga food review dan sering memberi reaksi terhadap cara masakan telah mendapat perhatian ramai sehingga pempengaruh dan chef terkenal di serata dunia.

Image from @mrnigelng (Instagram)

Minta orang ramai yang akan datang pembukaan kedai untuk tiru cara pemakaiannya

Sempena pembukaan restorannya, Uncle Roger telah meminta orang ramai yang hadir untuk berpakaian sama yang sering dipakainya seperti T-shirt polo berwarna oren, tali pinggang dengan sarung telefon, seluar berwarna hitam dan kasut sneaker berwarna putih pada 14 September nanti.

Permintaan tersebut dibuat kerana dia mahu memecah rekod dunia Guinness World Records mana anda akan melihat individu yang paling ramai menyerupainya.

Bagi yang nak datang jangan lupa pakai pakaian sama macam dia!