Ular sawa gergasi ‘muncul’ melingkar atas siling rumah raih perhatian netizen

Ular sawa gergasi ‘muncul’ melingkar atas siling rumah raih perhatian netizen

 

Ular merupakan haiwan dari keluarga reptilia yang amat unik dan mempunyai ribuan spesies yang tersebar di seluruh dunia.

Spesies ular ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu ular yang berbisa dan ular yang tidak berbisa.

Di Malaysia, pelbagai jenis ular boleh ditemui, namun antara yang paling ditakuti oleh orang ramai adalah ular yang berbisa.

Salah satu spesies ular yang paling digeruni di negara ini ialah ular tedung, yang terkenal dengan bisanya yang sangat kuat.

Bisa ular tedung mampu melumpuhkan mangsa dalam tempoh yang singkat.

Dalam kes-kes tertentu, bisa ini boleh menyebabkan kematian kepada haiwan besar dan manusia jika tidak dirawat dengan segera.

Selain ular tedung, ular sawa batik juga sering ditemui di Malaysia.

Walaupun ular sawa tidak berbisa, ia tetap merupakan ancaman besar kerana saiznya yang besar dan cara uniknya dalam memburu mangsa.

Ini kerana ular sawa membelit mangsanya dengan kekuatan yang cukup kuat sehingga mangsa tidak dapat bernafas dan akhirnya mati.

Selain itu, ular sawa dikatakan ‘menakutkan’ kerana ia juga dikenali sebagai salah satu ular yang paling panjang di dunia.

Spesies ini sering dibandingkan dengan anaconda, ular raksasa yang berasal dari Amerika Selatan.

Kedua-dua spesies ini berkongsi ciri yang serupa dari segi saiz dan kekuatan, di mana mereka mampu menelan mangsa yang jauh lebih besar daripada saiz kepala mereka.

Baru-baru ini, media sosial dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa bersaiz gergasi melingkar di siling sebuah rumah.

Video kejadian ini tular selepas dikongsi oleh pengguna TikTok, @mohdsanisagat, yang berdepan detik mencemaskan apabila ular sawa itu dilihat perlahan-lahan bergerak ke arah bilik stor rumahnya.

@mohdsanisagat

#alhamdulillah selamat tak jd apa²

♬ original sound – mohdsani@norhusnaumirah@HANA – mohdsani@norhusnaumirah@HANA

Menerusi video tersebut, ular sawa yang sangat besar dan menakutkan itu akhirnya berjaya ditangkap dengan bantuan anggota bomba.

@mohdsanisagat menceritakan, sebelum ini dia sering mendengar bunyi seperti batu dibaling ke arah bumbung rumahnya, dan pada malam kejadian, ular sawa itu kelihatan melingkar di atas siling.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 61.8 ribu tontonan di TikTok.

Penemuan reptilia ini mengundang pelbagai reaksi dari marga maya, yang rata-rata terkejut dan memberikan komen tentang saiz luar biasa ular tersebut.

Ada juga yang membandingkan saiz ular sawa itu dengan anaconda.

“Ini bukan main-main, lembu pun ular boleh telan,”

“Besarnya ular sawa,”

Kes seperti ini bukan pertama kali berlaku, di mana ular sawa ‘sesat’ dan masuk ke dalam rumah penduduk.

Namun, kejadian ini tetap mengejutkan dan menimbulkan ketakutan bagi ramai orang.