Netizen kecam geng 4×4, selamba parkir di tengah sungai

Netizen kecam geng 4×4, selamba parkir di tengah sungai

 

Geng pemilik kenderaan 4×4 sering dilabel sebagai pembuli jalan raya kerana sering melanggar peraturan walau dimana jua. Mungkin kerana saiznya yang besar dari biasa, ia membuatkan mereka merasa kebal dan istimewa berbanding dengan kereta lain.

Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar yang ditangkap seseorang meneruis media sosial yang memperlihatkan gelagat pemilik kereta 4×4 yang selamba meletakkan kereta di kawasan merbahaya.

Menerusi gambar yang dikongsikan, kelihatan sekumpulan individu yang dipercayai pemilik kepada kereta 4×4 sedang berkelah di sebuah sungai yang tidak diketahui lokasi sebenarnya.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah bagaimana kereta-kereta terbabit telah diletakkan di tengah sungai sesuka hati meskipun kawasan berkenaan sepatutnya menjadi tempat rekreasi seisi keluarga dengan selamat.

Mungkin kerana air yang cetek membuatkan mereka merasa tiasa masalah berbuat sedemikian walhal pada ketika itu ada anak kecil yang bermain di sekitarnya.

Yang lebih merisaukan orang ramai lagi jika kalau berlaku fenomena kepala air kesemua jentera itu akan dihanyutkan dan bakal menyusahkan banyak pihak dan merosakkan ekosistem yang sekian lama terpelihara.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-ratanya netizen telah mengecam tindakan meletakkan kereta di tengah sungai tersebut kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung di sekitarnya.

Dalam pada itu, orang ramai turut berpendapat geng 4×4 sering merasa dirinya kalis dari segala undang-undang dan sentiasa merasa betul sehingga tidak boleh ditegur. Susulan itu, netizen meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap geng 4×4 terbabit.